The Gang

Dont Click If You A Loser

Thursday, November 4, 2010

seks beramai-ramai

PEMUAS NAFSU...Nadia mengaku dua kali beri layanan seks di rumah Berlusconi (gambar kecil).
ROME: Silvio Berlusconi sekali lagi dikaitkan dengan skandal seks apabila seorang pelacur elit mengaku diupah untuk memuaskan nafsu Perdana Menteri Itali itu, lapor media, semalam.Nadia Macri, 28, berkata dia pernah ditiduri Berlusconi sebanyak dua kali dan dibayar hampir RM45,000. Tidak cukup dengan itu, Nadia juga mengejutkan banyak pihak apabila mendakwa pernah melihat negarawan berusia 74 tahun itu mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dalam jacuzzi.

Pendedahan itu diperoleh ketika Nadia memberi keterangan kepada pihak berkuasa yang menyiasat dakwaan Berlusconi menghadiri pesta seks dan dadah di vila peribadinya, baru-baru ini. Menurut Nadia, dalam parti dihadiri Berlusconi, wanita yang ada memang ditawarkan marijuana, selain bahan itu memang sentiasa tersedia dalam pesawat rasmi perdana menteri itu.  Sementara itu, peguam bagi Belusconi, Niccolo Ghedini, menafikan dakwaan itu.

Katanya, jika memang ada kenyataan seperti itu dibuat terhadap Berlusconi, ia dinafikan secara tidak langsung oleh kenyataan beberapa saksi sebelum ini. “Semua majlis dihadiri Berlusconi dilangsungkan dengan teratur,” katanya. Sebelum ini, Nadia memberi keterangan panjang lebar - sehingga 300 muka surat - mengenai Berlusconi dan maklumat itu diperoleh media.

Melalui kenyataan itu, Nadia mengaku mengadakan hubungan seks dengan Berlusconi sebanyak dua kali di rumah pemimpin Itali itu. Selain wang tunai, dia turut dihadiahkan pelbagai barang kemas. Baru-baru ini, Berlusconi turut dikaitkan dengan seorang penari gelek dari Maghribi, Karima Keyek, 18. Dalam usaha mengendurkan perhatian kepadanya, semalam Berlusconi berkata: “Lebih baik kita berasa ghairah kepada wanita cantik daripada menjadi gay.” - Agensi

sumber: myMetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dont Click If You Not Cute